Perkhidmatan dan Kemudahan Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen

Katalog Awam Dalam TalianPengguna boleh mendapatkan maklumat bahan melalui Katalog Awam Dalam Talian (GEMILANG) dengan menyemak nama pengarang, judul, perkara atau nombor panggilan.

Koleksi Digital UKM (KDUKM)

    • Terdapat beberapa pangkalan data di dalam KDUKM. Antaranya ialah Pangkalan Data Tesis dan Pangkalan Data Kertas Kerja Seminar.
    • Pelanggan boleh mengakses tesis dan kertas kerja seminar/persidangan melalui KDUKM dan memilih pangkalan data yang berkaitan untuk membuat pencarian bahan.
    • KDUKM boleh diakses di http://ptsldigital.ukm.my/

Tunjuk Ajar dan Khidmat Nasihat

    • Membantu pengguna mendapatkan bahan yang diperlukan.
    • Memberi tunjuk ajar cara menggunakan GEMILANG, KDUKM dan senarai perolehan.
    • Menjawab pertanyaan yang berkaitan dengan bahan di Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen.

Kemudahan Fotokopi

Perkhidmatan fotokopi ada disediakan di Koleksi Asia Tenggara. Pengguna tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987.